2/09/2012
1/28/2012
Maulidur Rasul..=)
Assalamualaikum.. sekarang cm byk majlis2 sempena ngn cuti maulidur rasul.. coklat kami blh lah dibuat sebagai doorgift+cenderahati.. sape nk tempah?? call us now: 019-261 0535
Labels:
Product
PAGI... lame x update blog... korg dh mkn coklat bulan ni?? jom study pasal coklat..:-)
i. APA ITU COKLAT?
Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.
ii. KANDUNGAN COKLAT
Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
| Kandungan | Coklat kosong | Coklat susu |
| Tenaga | 511 kcal | 514 kcal |
| Lemak | 32.3 g | 29.0 g |
| Protein | 4.1 g | 8.1 g |
| Karbohidrat | 51.9 g | 56.1 g |
| Zat Besi | 2.3 mg | 0.8 mg |
| Kalsium | 29.0 mg | 233.0 mg |
| Tiamin | 0.04 mg | 0.09 mg |
| Riboflavin | 0.02 mg | 0.3 mg |
| Niasin | 0.4 mg | 0.4 mg |
| Vitamin A | 22.0 mg | 84.0 |
iii. KELEBIHAN COKLAT
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, coklat dianggap sebagai makanan junk dan tidak berkalori, enak tetapi tidak berkhasiat. Tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya. Yang nyatanya, coklat adalah makanan yang penuh khasiat dan berupaya menyumbang kepada keperluan pemakanan secara positif. Sebagai contoh, kandungan zat di dalam coklat susu berbanding coklat putih.
Coklat adalah satu hadiah yang istimewa untuk diri sendiri. Ia juga satu hidangan yang diketengahkan untuk pelbagai majlis keraian baik sambutan hari jadi mahupun majlis perkahwinan. Coklat umpama membawa mesej yang berkata, ‘Terima kasih’, ‘Saya cintakan kamu’ dan ‘Ia khas untuk diri saya’. Makan coklat adalah satu langkah memanjakan diri. Sungguhpun bagi sesetengah individu coklat memberikan ketenangan dan menggembirakan kita, ia harus diambil secara sederhana.
Antara kelebihan coklat yang dikenalpasti:
a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Membantu menguatkan hafalan
c) Membantu menajamkan mata dan minda
d) Membantu memulihkan keletihan saraf
e) Membantu menguatkan daya ingatan
f) Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g) Mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung
h) Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i) Melambatkan proses penuaan
1/12/2011
Pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Nov 2010
Haniez Chocolate telah diberi peluang oleh UPEN untuk menyertai pameran SDSI di Melaka. Alhamdullillah, kami yang ditempatkan di Pavilion Negeri Sembilan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada para pengunjung. Strawberry/Grape/Marshmellow celup coklat menarik hati pelanggan sehingga SOLD OUT! Coklat bar kami yang kini terdapat 7 perasa juga laris sekali dengan tawaran harga yang diberikan...Semoga mendapat peluang menyertai SDSI tahun hadapan
10/18/2010
Pameran 1 Malaysia 1 halal
Haniez Chocolate telah menyertai Pameran 1 malaysia 1 halal pada 15-17 Oct 2010 bertempat di Paroi Seremban. Chocolate Dipped- Grape & Marshmellow mendapat sambutan hangan dari pelnggan. Begitu juga dengan produk coklat kami yang lain. Dalam masa yang sama produk-produk Agromas yang terdapat di K-shoppe kami juga dijual semasa pameran tersebut.
PRODUK AGROMAS
10/06/2010
Pelancaran K Shoppe
Kedai K Shoppe Haniez Chocolate telah dirasmikan oleh YB. Dato' Yunos bin Rahmat DSNS., DMSM., JP., KMN., PJK (AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN/ AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN KLAWANG). Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri Sembilan, pada 03.09.2010 yang lalu.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada FAMA terutama kepada yang hadir iaitu Pengarah FAMA Negeri Sembilan Tn Haji A.Rahaman b Sulaiman, En Sidin, En Azrul dan semua yang terlibat menjayakan majlis tersebut termasuk wakil media.
Kami mengalu-alukan usahawan yang ingin memasarkan produk mereka di K shoppe kami.
7/28/2010
Biskut Raya 2010
Pelanggan yang dihormati.
Kami sedia menerima sebarang tempahan biskut dan sebagainya. Sila kunjungi kedai kami untuk mendapatkannya secara terus.
Kami sedia menerima sebarang tempahan biskut dan sebagainya. Sila kunjungi kedai kami untuk mendapatkannya secara terus.
Subscribe to:
Posts (Atom)














